Di bawah pohon sakura yang merimbun, kelihatan kelibat kanak-kanak kecil berlari-lari sambil membawa bunga api di tangan.
”Besar nanti Uiee nak kahwin dengan siapa?” Rafi yang baru berumur 5 tahun mengutarakan soalan cepu emas buat Julia Nur Raudhah.
Gadis kecil yang bertocang dua membulatkan matanya memandang Rafi tak berkedip. Sungguh walaupun dia masih kecil tapi impian untuk berkahwin sudah tertanam dalam jiwannya.
“Uiee nak kahwin dengan abang Fahri. Abang Fahri comel,” Julia memeluk tubuh kecil Fahri yang berusia 12 tahun. Cuma tua 4 tahun daripadanya.
Seluruh ahli keluarga yang berkumpul bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri kali ni, cukup tersentap dengan kenyataan yang dibuat oleh budak perempuan sekecil Julia.
“Julia suka abang Fahri?” Nenek Wa mula merisik hati cucunya.






No comments:
Post a Comment