CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Salt Water- Enchanted

Friday, 10 June 2011

Afwan Awfiyah - Part 1

Salahkah bila aku mencintaimu..
Dan berharap engkau kan jadi milikku..
Walau banyak yang bilang
Engkau tak pantas untukku..
Sayang kumohon jangan tolak cintaku..
Jiwa ragaku ini hanya untukmu..
Aku rela berkorban..
Demi cintamu itu..
Owh...Owh..Owh..Owh..



”Eh, kenapa aku tengok dari tadi mata kau tak lepas-lepas pandang budak Pre-Law tu? ” Amirah yang sedari tadi memerhatikan lirik mata Awfiyah Awadah.

Melihat Awfiyah Awadah yang tiada respon atas persoalannya membuatkan Zafirah mencucuk kiri dan kanan pinggang Awfiyah dengan jari telunjuknnya.

”Oh, mak..Pre-Law baju hitam kain pelekat gatal nak mampus...” terkeluar butiran-butiran bom ibarat hujan lebat yang mencurah-curah tak henti.

Serta-merta seorang budak lelaki berpakaian hitam berkain pelekat merenung Awfiyah dengan pandangan yang tajam.

”Alamak, mampus aku ! Tak guna punya Fira, cucuk aku suka-suka hati dia saja,” hati Awfiyah merungut-rungut nasib yang bakal ditempuhnya sebentar lagi.

Jantung Awfiyah terasa berdegup kencang melihat langkah lelaki yang kelihatan tersentap dengan kenyataannya secara tak sengaja menuju ke arahnya.

”Ye...apa masalah awak dengan lelaki berbaju hitam berkain pelekat?,” lelaki itu berhenti betul-betul di hadapannya.

Awfiyah tak berani untuk memandang lelaki yang sedang bercakap dengannya. Jantungnya seperti mahu luruh mendengar suara garau lelaki itu.

No comments:

Post a Comment

Kawan2