“Adam tak suka Ain!!! Dahlah gemuk, tak cantik..Farah lagi cantik dari Ain,” luah Adam kanak-kanak tahap Ribena yang masih berumur 4 tahun.
Mama kepada Adam cuma memerhati dari jauh pertelingkahan yang berlaku antara Adam dan Ain yang melibatkan Farah, kembar seiras Ain.
Ain dan farah masing-masing mempunyai iras yang sama, badan pun hampir sama cuma yang membezakan mereka berdua wajah Ain lebih mirip papa mereka sedangkan farah mirip wajah mamanya, Suraya.
Mungkin usia yang masih kecil membuatkan Adam tidak dapat membezakan cantik dengan sama cantik. Entahlah.
Tak semena-mena Ain jatuh ke dalam lumpur bersebelahan dengan buaian akibat ditolak oleh Adam.
“Kedebuk!!!”
Macam buah nangka terjatuh dari pokok.
“Hahahaha…tengok Ain debab jatuh dalam lumpur. Buruknya cara dia jatuh,” Farah menunjuk-nunjuk arah adik kembarnya yang kelihatan cuba bangun.
Semua rakan sepermainan mereka ketawa silih berganti melihat keadaan Ain.
“Ain!!! “ jerit salah seorang budak lelaki yang berlari-lari sambil memegang dua batang ais-krim yang baru dibeli.
Melihat Ain yang terjatuh menyebabkan tangan kanannya spontan melemparkan ais-krim ke tanah semata-mata ingin menolong Ain.
"Ain…hulur tangan Ain..biar abang Naim tolong,” budak lelaki itu yang memabahasakan dirinya sebagai abang sudah mencecah 6 tahun cuba menbantu Ain.
“Mama…mama suraya..Ain jatuh dalam lumpur,” Naim membawa Ain menuju kea rah Suraya ibu kepada kembar seiras.
“Ya Allah….Ain..tahu tak baju yang mama belikan ni mahal. Dah lah kotor terkoyak pula tu..Berapa kali mama nak cakap cuba buat perangai tu macam perempuan sikit..tengok kak Farah kamu cantik saja,baik saja tak macam kamu, degil nakal!!!”
Jerkahan yang singgah di telinga Ain bukannya simpati atau pelukan erat dari seorang yang bergelar mama.
Habis badannya merah akibat dicubit-cubit Mama suraya. Ain tidak bersuara, dia hanya menangis laju…membiarkan mamanya mencubit badan kecilnya yang tak bersalah.
Tak seperti kanak-kanak lain, Ain tidak pernah berteriak kuat apabila dimarahi atau dicubit, ditampar..Dia seolah-olah memendam rasa dalam hati.
Adam mula rasa bersalah kerana dia yang memulakan semuanya. Naim yang merupakan abang Adam bertambah sayu dan kasihan melihat Ain yang dicubit tanpa penjelasan.
Hatinya tergerak ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya sehingga Ain oleh terjatuh ke dalam lumpur.
“Adam..macam mana Ain boleh jatuh dalam lumpur? Kau tolak Ain???,” terjah Naim membuatkan adam mula rasa gelabah.
Farah yang ada di sisi Adam terus membela. “Eh, bukan Adamlah..dah si Ain tu gemuk sangat sebab tu dia jatuh..lantak lah dekat dia.. yang kau nak peduli sangat tu kenapa?” marah farah.
Jelas dengan apa yang berlaku. Ain tak jatuh dengan sendiri mesti Adam yang membuatkan Ain terjatuh.
Dia segera berlari mencari untuk mendapatkan mamanya.
“Mama..Adam jatuhkan Ain dalam lumpur..kesian Ain kena marah dengan mama suraya. Naim tak sanggup duduk situ lama-lama.”
Mamanya tersenyum lantas mencubit pipi anak sulungnya.
“Mama tahu, tadi mama nak tolong tapi tengok hero mama ni selamatkan Ain, tu sebab mama pergi cari kain tuala,ubat luka dengan baju untuk Ain. Mesti badan Ain luka-luka dengan sejuk kan ?” Mama Sharifah ibu kepada Adam dan Naim meniru gaya suara kartun untuk menenagkan hati anak sulungnya.
Naim mengangguk sambil tersenyum Dia berasa bersyukur dikurniakan seorang mama yang amat prihatin dan penyayang.
Di sudut hati kecilnya, terbit rasa kagum dengan mamanya.







No comments:
Post a Comment