CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Salt Water- Enchanted

Friday, 10 June 2011

Cinta Terpendam- Part 1



Handphone Arissa mula bernyanyi membuatkan semua mata memandang ke arahnya.

”Arissa..tolong off handphone. Awak tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu?”

Suara En. Hafiz, lecterur Ekonomi mula bising mengejek Arissa.

Menyampah betul aku dengan laki yang sekor ni. Marah aku suka-suka hati ja. Aku tahu la.

”Apa tunggu lagi? Tak reti-reti lagi? Awak ni telinga kena block ke apa? ”

Sekali lagi kau kutuk aku depan kawan-kawan aku kau siap En. Hafiz.

”Ye, En. Hafiz,”

Satu kelas pasti sedang ketawakan aku.

Sabar je lah. Siap kau nanti En. Hafiz.

”O.k... setakat ni sahaja kelas kita. Bersurai” ayat terakhir En. Hafiz membuatkan semua pelajar menyusun nota sebelum pulang ke kolej masing-masing.

”Rissa..kau ni kenapa aku tengok monyok je,” Daniel memeluk leher dan mencuit pipi aku.

”Ish, kau ni aku rimaslah..Boleh tolong ubah tangan tu tak?”

Kali ni aku betul-betul tertekan. Semua kerana lecturer tak guna tu. Sengaja nak memalukan aku. Si Daniel ni pula tak habis-habis nak menggatal.

”Eleh..kau suka aku peluk bahu kau macam ni kan? Buat-buat malu pula” Daniel mencuit hidungku.

Tak guna. Dia pegang hidung aku pula. Aku takkan maafkan.

”Aku cakap sekali lagi, kau nak lepas ke tak? Kalau tak aku humban kau dalam longkang baru tau, aku tak da mood kau jangan kacau aku boleh tak? Kau dengan Hafiz sama ja..”

Kaki aku laju mengorak langkah ke bilik En.Hafiz.

”There is payment need to be settle with me En. Hafiz”

Genggaman jariku menunjukkan betapa bengangnya aku dengan Hafiz.

No comments:

Post a Comment

Kawan2