CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Salt Water- Enchanted

Friday, 10 June 2011

Lelaki Buku VS Gadis Blur- Part 1




Buku dan perempuan memang tak dapat dipisahkan. ”Tapi, selalu ke di tangan seorang lelaki itu ada buku?”  Jarang kan??  Tambah lagi kalau buku yang ada kaitan dengan pelajaran. Lainlah kalau waktu dekat dengan ”exam”. Macam ulat buku, usung ke sana ke mari.

Disebabkan aku berkawan dengan lelaki yang terlalu ”ulat bukunya” maka timbul pertanyaan dekat kalbu aku ni, kenapalah ”mamat” tu suka sangat baca buku.

Aku yang perempuan ni pun malas baca banyak sangat. Rimas asyik-asyik dengan buku. Kisah lelaki buku...

Itulah kisah yang ingin aku ceritakan tentang seorang lelaki yang aku panggil Asyiq.
”Sebab apa aku panggil dia Asyiq???”

Mestilah sebab nama dia Asyiq, lagipun memang patut sangat nama dia Asyiq sebab asyik sangat baca buku sampaikan aku yang ada dekat depan mata dia pun tak perasan.

Tapi, nama sebenar dia Muhammad Asyiq Aniq. Nama panggilan dia Ash dan cuma aku satu-satunya yang panggil dia Asyiq.

”My Only One Asyiq”

“Chaca, jom keluar makan nak?” Azrul mula memancing perhatian Aisha daripada terus termenung.

“Siapa lagi yang ikut?” selamba saja Aisha bertanya tanpa memandang wajah Azrul. Dia terlalu asyik melihat seseorang. Pertanyaan Azrul seolah dirasakan mengganggu perhatian dia seketika.

”Hurm..ada Alia..Dhurrah..Yusra..Faris..Akhil..Laila..Khairana dan Az.....”

”Azrul pergi dengan diaorang semua sajalah. Tak ada ”mood” Chaca nak makan,” sengaja dia muntahkan alasan tidak lapar padahal dari pagi tadi belum makan.

Azrul diam mendengar alasan Aisha. Dia tahu Aisha sengaja memberi alasan.

”O.klah kalau macam tu Az pergi dululah, lagipun diaorang dah lama tunggu. Nanti adalah yang gastrik pulak”

”Urm...ada nak pesan apa-apa?” Azrul bertanya lagi sebelum pergi.

”Takde....” perlahan dan ringkas jawapan Aisha membuatkan Azrul terus berlalu menyapa kawan-kawannya yang sedang menunggu sejak tadi.

Cinta Terpendam- Part 1



Handphone Arissa mula bernyanyi membuatkan semua mata memandang ke arahnya.

”Arissa..tolong off handphone. Awak tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu?”

Suara En. Hafiz, lecterur Ekonomi mula bising mengejek Arissa.

Menyampah betul aku dengan laki yang sekor ni. Marah aku suka-suka hati ja. Aku tahu la.

”Apa tunggu lagi? Tak reti-reti lagi? Awak ni telinga kena block ke apa? ”

Sekali lagi kau kutuk aku depan kawan-kawan aku kau siap En. Hafiz.

”Ye, En. Hafiz,”

Satu kelas pasti sedang ketawakan aku.

Sabar je lah. Siap kau nanti En. Hafiz.

”O.k... setakat ni sahaja kelas kita. Bersurai” ayat terakhir En. Hafiz membuatkan semua pelajar menyusun nota sebelum pulang ke kolej masing-masing.

”Rissa..kau ni kenapa aku tengok monyok je,” Daniel memeluk leher dan mencuit pipi aku.

”Ish, kau ni aku rimaslah..Boleh tolong ubah tangan tu tak?”

Kali ni aku betul-betul tertekan. Semua kerana lecturer tak guna tu. Sengaja nak memalukan aku. Si Daniel ni pula tak habis-habis nak menggatal.

”Eleh..kau suka aku peluk bahu kau macam ni kan? Buat-buat malu pula” Daniel mencuit hidungku.

Tak guna. Dia pegang hidung aku pula. Aku takkan maafkan.

”Aku cakap sekali lagi, kau nak lepas ke tak? Kalau tak aku humban kau dalam longkang baru tau, aku tak da mood kau jangan kacau aku boleh tak? Kau dengan Hafiz sama ja..”

Kaki aku laju mengorak langkah ke bilik En.Hafiz.

”There is payment need to be settle with me En. Hafiz”

Genggaman jariku menunjukkan betapa bengangnya aku dengan Hafiz.

Kerana Janji - Part 1



Di bawah pohon sakura yang merimbun, kelihatan kelibat kanak-kanak kecil berlari-lari sambil membawa bunga api di tangan.

”Besar nanti Uiee nak kahwin dengan siapa?” Rafi yang baru berumur 5 tahun mengutarakan soalan cepu emas buat Julia Nur Raudhah.

Gadis kecil yang bertocang dua membulatkan matanya memandang Rafi tak berkedip. Sungguh walaupun dia masih kecil tapi impian untuk berkahwin sudah tertanam dalam jiwannya.

“Uiee nak kahwin dengan abang Fahri. Abang Fahri comel,” Julia memeluk tubuh kecil Fahri yang berusia 12 tahun. Cuma tua 4 tahun daripadanya.

Seluruh ahli keluarga yang berkumpul bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri kali ni, cukup tersentap dengan kenyataan yang dibuat oleh budak perempuan sekecil Julia.

“Julia suka abang Fahri?” Nenek Wa mula merisik hati cucunya.



Afwan Awfiyah - Part 1

Salahkah bila aku mencintaimu..
Dan berharap engkau kan jadi milikku..
Walau banyak yang bilang
Engkau tak pantas untukku..
Sayang kumohon jangan tolak cintaku..
Jiwa ragaku ini hanya untukmu..
Aku rela berkorban..
Demi cintamu itu..
Owh...Owh..Owh..Owh..



”Eh, kenapa aku tengok dari tadi mata kau tak lepas-lepas pandang budak Pre-Law tu? ” Amirah yang sedari tadi memerhatikan lirik mata Awfiyah Awadah.

Melihat Awfiyah Awadah yang tiada respon atas persoalannya membuatkan Zafirah mencucuk kiri dan kanan pinggang Awfiyah dengan jari telunjuknnya.

”Oh, mak..Pre-Law baju hitam kain pelekat gatal nak mampus...” terkeluar butiran-butiran bom ibarat hujan lebat yang mencurah-curah tak henti.

Serta-merta seorang budak lelaki berpakaian hitam berkain pelekat merenung Awfiyah dengan pandangan yang tajam.

”Alamak, mampus aku ! Tak guna punya Fira, cucuk aku suka-suka hati dia saja,” hati Awfiyah merungut-rungut nasib yang bakal ditempuhnya sebentar lagi.

Jantung Awfiyah terasa berdegup kencang melihat langkah lelaki yang kelihatan tersentap dengan kenyataannya secara tak sengaja menuju ke arahnya.

”Ye...apa masalah awak dengan lelaki berbaju hitam berkain pelekat?,” lelaki itu berhenti betul-betul di hadapannya.

Awfiyah tak berani untuk memandang lelaki yang sedang bercakap dengannya. Jantungnya seperti mahu luruh mendengar suara garau lelaki itu.

Aku Tak Benci Aku Cinta-Part 1


“Adam tak suka Ain!!! Dahlah gemuk, tak cantik..Farah lagi cantik dari Ain,” luah Adam kanak-kanak tahap Ribena yang masih berumur 4 tahun.

Mama kepada Adam cuma memerhati dari jauh pertelingkahan yang berlaku antara Adam dan Ain yang melibatkan Farah, kembar seiras Ain.

Ain dan farah masing-masing mempunyai iras yang sama, badan pun hampir sama cuma yang membezakan mereka berdua wajah Ain lebih mirip papa mereka sedangkan farah mirip wajah mamanya, Suraya.

Mungkin usia yang masih kecil membuatkan Adam tidak dapat membezakan cantik dengan sama cantik. Entahlah.

Tak semena-mena Ain jatuh ke dalam lumpur bersebelahan dengan buaian akibat ditolak oleh Adam.

“Kedebuk!!!”

Macam buah nangka terjatuh dari pokok.

“Hahahaha…tengok Ain debab jatuh dalam lumpur. Buruknya cara dia jatuh,” Farah menunjuk-nunjuk arah adik kembarnya yang kelihatan cuba bangun.

Semua rakan sepermainan mereka ketawa silih berganti melihat keadaan Ain.

“Ain!!! “ jerit salah seorang budak lelaki yang berlari-lari sambil memegang dua batang ais-krim yang baru dibeli.

Melihat Ain yang terjatuh menyebabkan tangan kanannya spontan melemparkan ais-krim ke tanah semata-mata ingin menolong Ain.

"Ain…hulur tangan Ain..biar abang Naim tolong,” budak lelaki itu yang memabahasakan dirinya sebagai abang sudah mencecah 6 tahun cuba menbantu Ain.

“Mama…mama suraya..Ain jatuh dalam lumpur,” Naim membawa Ain menuju kea rah Suraya ibu kepada kembar seiras.

“Ya Allah….Ain..tahu tak baju yang mama belikan ni mahal. Dah lah kotor terkoyak pula tu..Berapa kali mama nak cakap cuba buat perangai tu macam perempuan sikit..tengok kak Farah kamu cantik saja,baik saja tak macam kamu, degil nakal!!!”

Jerkahan yang singgah di telinga Ain bukannya simpati atau pelukan erat dari seorang yang bergelar mama.

Habis badannya merah akibat dicubit-cubit Mama suraya. Ain tidak bersuara, dia hanya menangis laju…membiarkan mamanya mencubit badan kecilnya yang tak bersalah.

Tak seperti kanak-kanak lain, Ain tidak pernah berteriak kuat apabila dimarahi atau dicubit, ditampar..Dia seolah-olah memendam rasa dalam hati.

Adam mula rasa bersalah kerana dia yang memulakan semuanya. Naim yang merupakan abang Adam bertambah sayu dan kasihan melihat Ain yang dicubit tanpa penjelasan. 

Hatinya tergerak ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya sehingga Ain oleh terjatuh ke dalam lumpur.

“Adam..macam mana Ain boleh jatuh dalam lumpur? Kau tolak Ain???,” terjah Naim membuatkan adam mula rasa gelabah.

Farah yang ada di sisi Adam terus membela. “Eh, bukan Adamlah..dah si Ain tu gemuk sangat sebab tu dia jatuh..lantak lah dekat dia.. yang kau nak peduli sangat tu kenapa?” marah farah.

Jelas dengan apa yang berlaku. Ain tak jatuh dengan sendiri mesti Adam yang membuatkan Ain terjatuh.

Dia segera berlari mencari untuk mendapatkan mamanya.

“Mama..Adam jatuhkan Ain dalam lumpur..kesian Ain kena marah dengan mama suraya. Naim tak sanggup duduk situ lama-lama.”

Mamanya tersenyum lantas mencubit pipi anak sulungnya.

“Mama tahu, tadi mama nak tolong tapi tengok hero mama ni selamatkan Ain, tu sebab mama pergi cari kain tuala,ubat luka dengan baju untuk Ain. Mesti badan Ain luka-luka dengan sejuk kan?” Mama Sharifah ibu kepada Adam dan Naim meniru gaya suara kartun untuk menenagkan hati anak sulungnya.

Naim mengangguk sambil tersenyum Dia berasa bersyukur dikurniakan seorang mama yang amat prihatin dan penyayang.

Di sudut hati kecilnya, terbit rasa kagum dengan mamanya.

Kawan2